Ni first time aku pergi ke vietnam bersama group travel Flywinds Holiday Sdn Bhd. Salah satu travel agent yang 100% bumiputera (support org kita yokk!)

Ada lebih kurang 20+ orang dalam group ni. Hanya 5-6 orang yang dalam kategori muda (termasuk la aku)…kehkeh…

Itinerary di bandar Ho Chi Minh, Vietnam (4hari 3 malam)
- Cu chi tunnel
- War museum
- My Tho Mekong Delta (kampung orang vietnam)
- Old post office
- Shopping (Ben Thanh Market, Night Market, Factory)
**ni serba sedikit tempat yang pergi.
Duduk di hotel Blessing 2 betul2 dekat ngan Night Market (mlm) & Ben Thanh.
- Cu Chi Tunnel
Perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke Cu Chi Tunnel ni kira-kira dalam 2jam. Kebiasaannya untuk melawat tempat ni ambil masa separuh hari. Satu tips utk g sini perlu bawak topi & kipas (panas bak hang)

Cu Chi Tunnel ni adalah terowong yang digunakan zaman perang antara vietnam & Amerika. Size terowong ni pun ngam2 size orang asia. Yang berbadan sasa tu lalu atas je la ek..

Di sini, kalau berkesempatan boleh cuba2 untuk menembak. Tembak apa? bukit je… Harga satu peluru lebih kurang RM5-7. Agak mahal tp bila lagi nak rasa menembak kan. Antara senjata yang ada iaitu AK-47 (yang aku try), M-16, Mini-Machine Gun, Senapang Patah.

2. War Museum Vietnam
War museum ni terletak di Bandar Ho Chi Minh. *Tips – Baca setiap cerita dalam gambar di museum untuk merasai kesusahan orang sana dulu2 & bawak air siap2 pasal kat sini takde air..

Antara pengangkutan perang yang ada, Kereta Kebal (tank),

Helicopter,

Meriam Gajah!

3. My Tho (Mekong Delta)
Untuk pergi ke sini perlu menyeberangi sungai Mekong. Mengambil masa dalam 10-25 minit utk ke seberang.. *Tips pakai topi & bawak kipas serta air minuman (panas kata ko)

Sepanjang perjalanan menyeberangi sungai mekong ni, biasanya korang akan diberi air kelapa pure nye.. slurppp..


4. Old Post Office
Tempat ni kalau korang tak pergi memang tak sah.. satu-satunya tempat cantik untuk nak brgambar. Pejabat pos zaman dulu kala..

Di sini korang boleh rasa seperti zaman dulu2…pondok telefon pun style lama (ala2 barat). Boleh gak kalau nak beli souvenir kat sini..

Di depan pejabat pos lama ni ada satu gereja lama..

Dari pejabat pos ni, boleh jalan kaki dalam 5 minit untuk ke kedai Hardrock Cafe..

Restoran-Restoran
Walaupun di Vietnam, Muslim ni minority tapi di Bandar Ho Chi Minh tak susah sangat nak cari restoran yang halal. Antara Restoran yang aku pergi..

Yg ni special sebab restoran dalam perkarangan masjid..

Saigon Green House (sebelah Mekong River)

Dan ada la beberapa restoran Halal yang lain.. tak sempat nak bergambar pasai lapaq!
Antaranya Restoran 1 Malaysia, Baba & Nyonya, banyak lagi…
**Tips, jangan lupa rasa pau di sini!!

Di Vietnam ni kalau tak shopping tak sah kan… gambar banyak tak ambil pasal tak layan sgt nak shoppin ni. hehe..

Russian Market ini yg sy paling suggest utk kaum adam nak beli baju/sluar. Kualiti di sini lebih baik berbanding Ben Thanh Market or Night Market. Harga kat sini tak boleh nak tawar sgt…

Kalau first time datang, beli lah sikit2 di setiap kilang/kedai yang ada. Biasanya nak g tempat yang sama tu tak dah.

Jadi tu lah serba sedikit pasal trip ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam..
By: suffian cocotyer